top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

PH-BN semakin hilang sokongan Melayu

14 Mac

Penganalisis politik berkata pendakwaan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin akan menarik lebih banyak sokongan Melayu kepada blok pembangkang selain sokongan luar bandar terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim dijangka semakin melemah.


James Chin dari University of Tasmania Australia berkata keadaan ini terutamanya melibatkan sokongan orang Melayu yang sudah pun meninggalkan Umno kerana membenci presidennya Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.


Bagaimanapun, kata Chin dari aspek komuniti Melayu yang menyeluruh, mereka sedang mengamati dan mengambil pendirian untuk meneliti perkembangan kes-kes mahkamah terdekat terlebih dahulu.


Jelas beliau lagi,pengundi Melayu sedang meneliti perkembangan ini dan mendengar apa yang dikatakan mengenai pendakwaan politik namun pendirian mereka lebih menjurus kepada ‘tunggu dan lihat’


Sejak dua minggu lalu, senario politik Malaysia menyaksikan beberapa ahli politik pembangkang tersenarai untuk didakwa ke mahkamah berhubung dakwaan penyelewengan yang dikaitkan dengan JanaWibawa, program pasca Covid-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.


Muhyiddin merupakan perdana menteri selama 17 bulan antara 2020 dan 2021, didakwa atas enam pertuduhan berkait salah guna kuasa dan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, dengan pertuduhan ketujuh dibacakan di Mahkamah Shah Alam.


Bercakap kepada media selepas pertuduhan minggu lalu, Muhyiddin menyifatkan ianya merupakan pendakwaan terpilih dan satu bentuk penganiayaan politik terancang.


Sementara itu, seorang profesor dari Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin pula berpandangan pendakwaan terhadap ahli Parlimen Pagoh jelas menunjukkan Zahid dan Anwar saling bantu membantu antara satu sama lain.


Merujuk kepada surat tular menyatakan usul tambahan dalam Perhimpunan Agung Umno tahun lalu yang menghalang pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden sebagai tidak sah.


Shamsul turut mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mengendalikan kes Muhyiddin dengan membandingkan tempoh masa yang diambil oleh agensi itu ketika menyiasat kes 1MDB beberapa tahun lalu.


Katanya, SPRM mengambil waktu selama setahun lebih dalam persediaan kes 1MDB dan heret Najib ke mahkamah.


Bagaimanapun, agensi itu kini hanya memerlukan waktu tiga bulan dalam persediaan kes JanaWibawa dan bawa Muhyiddin ke mahkamah.


Tindakan pendakwaan terhadap presiden BERSATU ini lebih memperkukuh keakraban politik dalam Bersatu dan PN.Ini dilihat pada perhimpunan Agung Tahunan PBPM yang mendapat sambutan menggalakkan dari perwakilan dan ahli BERSATU walaupun dikhabarkan mereka datang ke perhimpunan Agung pada kali ini menggunakan wang poket sendiri.


Bukan sahaja semangat juang ahli BERSATU semangkin tinggi, malah hubungan antara gabungan parti dalam PERIKATAN NASIONAL ,BERSATU,PAS dan GERAKAN dilihat semakin jitu.

Dengan kemudahan media sosial rakyat kini jauh lebih bijak dan strategi membuat pendakwaan terhadap beberapa pemimpin PN mungkin akan menjadi senjata makan tuan dalam PRN (pilihan raya negeri) enam negeri yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.


Kerajaan Anwar akan tumbang?

Ketika ditanya sama ada pendakwaan terburu-buru terhadap pemimpin politik pembangkang boleh mencetuskan usaha menumbangkan kerajaan kerana ikrar mereka untuk menjadi "pembangkang yang telus" tidak mendapat kerjasama Anwar dan Zahid.

Chin meramalkan ianya sukar untuk menumbangkan kerajaan buat masa kini disebabkan beberapa faktor.

Terutamanya, kata Chin memandangkan sambutan hari raya Aidilfitri makin dekat akan menyukarkan PN untuk "bergerak".

"Saya rasa pendirian secara umum bagi semua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang ialah tiada keperluan untuk mengambil apa-apa langkah kerana pilihan raya di enam negeri semakin hampir.

"Di situ kita akan lihat pihak mana akan raih sokongan orang Melayu."


Kerajaan Anwar diramal berdepan tindak balas negatif ketika pentadbirannya melakukan pendakwaan terhadap Muhyiddin, tiga bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terhadap Muhyiddin dilakukan atas tujuan politik sebaliknya dilaksanakan sepenuhnya oleh agensi penguatkuasaan undang-undang, SPRM.


Pemimpin PN sebelum ini memberi amaran pentadbiran Anwar akan melakukan penahanan secara besar-besaran bagi memburuk-burukkan pemimpinnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di mana lima daripadanya mempunyai jumlah pengundi Melayu yang besar.

Pada PRU15, kerajaan Pakatan Harapan (PH)-BN hilang undi Melayu kepada PN.

bottom of page