top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PH Johor tolak pelaksanaan PRN, fokus dahulu kepada rakyat

27 Disember 2021

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor menolak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada waktu ini, kerana ia dilihat tidak sensitif memandangkan rakyat sedang mengalami krisis kesihatan COVID-19 dan ekonomi domestik.


Pengerusi Parti Amanah Johor Aminolhuda Hassan, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama memaklumkan, PH Johor sebulat suara memberikan komitmen sepenuhnya dalam membela nasib rakyat, berbanding hal politik dan soal perebutan kuasa.


Menurut mereka segala usaha, tenaga, komitmen dan dana harus disalur untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan, walaupun kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini berada pada angka 28-27 selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian meninggal dunia pada 21 Dis.

Semalam Hasni dilapor berkata kerajaan negeri akan melihat dan memantau keadaan semasa termasuk meneliti keperluan untuk mengadakan PRN, kerana mempunyai kelebihan hanya satu kerusi DUN.


Kerajaan negeri dipimpin Barisan Nasional (BN) dengan 28 kerusi iaitu BN 16 kerusi; Bersatu (11); dan PAS (satu); manakala PH pula 27 kerusi.

bottom of page