top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PH ketandusan pemimpin, PKR-Amanah bakal bergabung?

2 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Cadangan menggabungkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Rakyat (Amanah) sudahpun dikemukan menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Anwar yang juga merupakan Presiden PKR, walau bagaimanapun cadangan penggabungan itu belum dibincangkan atau diputuskan.


“Ya, ya ia dikemukakan dan ia dalam pengetahuan pimpinan Keadilan (PKR) dan Amanah. Tetapi kami belum bincang perkara ini lebih lanjut.


“Apa pun pandangan kita dengar, kita bincang tiada masalah, tapi belum lagi sampai ke tahap itu,” katanya.


Terdahulu seorang penganalisa politik juga mencadangkan kedua parti komponen PH itu bergabung kerana diyakini boleh membantu PH memenangi hati pengundi Melayu selepas PH tewas pada PRN Melaka 20 Nov lalu.


Malah cadangan itu disambut baik oleh bekas Ketua Pemuda PKR (AMK) Selangor, Najwan Halimi yang mahu PKR dan Amanah mempertimbangkan cadangan tersebut untuk PH memenangi lebih banyak undi kaum Melayu.


Selain itu, Najwan yakin isu pengagihan kerusi diantara parti komponen PH juga dapat diselesaikan sekiranya penggabungan itu dilaksanakan.


Najwan turut mendakwa PKR ketandusan kepimpinan di peringkat nasional, negeri dan akar umbi akibat Langkah Sheraton yang lalu.

bottom of page