top of page
  • Writer's pictureNihaba

PH menjauhkan diri dari empat bekas ADUN yang memulakan krisis di Melaka

22 Oktober-MELAKA

Pada peringkat awal krisis Melaka, empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menjadi watak-watak utama di sebalik krisis politik Melaka diraikan olih pemimpin Pakatan Harapan.


Pakatan Harapan hampir berkerja sama bersama empat ADUN tersebut untuk membentuk kerajaan.Namun usaha itu gagal apabila Yang Di Pertua Melaka,Dato Ali Rustam memperkenankan Ketua Menteri Melaka,Sulaiman untuk membubarkan Dewan Rakyat.Setelah kerjasama mereka gagal,Pakatan Harapan mula menjarakkan diri dari mereka.


Datuk Seri Idris Haron, Datuk Nor Azman Hassan, Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Norhizam Hassan Baktee berkemungkinan akan bertanding calon Bebas sekiranya mereka ingin mempertahankan kerusi masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Mereka bukan sahaja ditolak oleh Pakatan Harapan (PH) malah didakwa boleh memberi kesan yang ‘memalukan’ gabungan pembangkang tersebut.

Memetik laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Selayang yang juga pemimpin PKR, William Leong Jee Keen imej politik PH akan tercemar sehingga tidak boleh diperbaiki.

“Keempat-empat Adun itu asalnya dari parti-parti yang menyokong politik perkauman dan ideologi menegakkan ketuanan Melayu.

“Sekiranya PH / PKR menerima mereka masuk, itu bermaksud gabungan ini tidak lagi serius dalam agenda reformasi, manifesto, ideologi, dan perjuangannya untuk perubahan.

“Ini bermaksud gabungan ini tidak lebih dari oportunis politik yang mencari jawatan, kepentingan dan kuasa, dan tidak ingin melaksanakan perubahan,” katanya.


Akhirnya, Idris, Nor Azman, Noor Effandi dan Norhizam dilayan seperti ‘sampah’ oleh PH setelah khidmat mereka tidak lagi diperlukan.

Sememangnya sikap PH itu tidak mengejutkan kerana mereka pernah melakukan perkara yang serupa selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Kepercayaan kira-kira 5.6 juta pengundi yang diberikan kepada PH pada PRU-14 dibalas dengan tuba apabila mereka terbukti gagal menunaikan janji-janji populis yang ditaburkan semasa berkempen.

Pelbagai alasan diberikan bagi mewajarkan kegagalan mereka membalas kepercayaan pengundi terhadap mereka termasuk ‘negara hampir bangkrap’.

Melihat kepada senario tersebut, jika lebih 5.6 juta pengundi boleh ‘dikencing’ oleh PH, apalah sangat setakat empat bekas ADUN yang berpaling tadah terhadap parti masing-masing.

Sewajarnya 456,196 pengundi di Melaka mengambil iktibar daripada sikap PH yang tidak tahu mengenang budi terhadap kepercayaan yang diberikan terhadap mereka.

Pilihan yang terbaik bagi mereka sudah tentu calon-calon Perikatan Nasional (PN) yang terbukti mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat berbanding gabungan politik lain yang kemaruk kuasa dan sibuk berpolitik sepanjang masa tanpa kesudahan.

bottom of page