top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PH tewas kerana ketiadaan Bersatu – Mat Sabu

22 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan kehilangan bahagian undi yang sebelum ini dari PRU-14 2018 ketika Bersatu menjadi sebahagian daripada gabungan itu dan itu menjadi punca mereka tewas dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu.


Presiden Amanah, Mohammad Sabu berkata, dengan keluarnya Bersatu daripada PH menyebabkan gabungan itu kalah dalam PRN Melaka.


Menurut Mat Sabu, PH akan mengadakan kajian untuk mengenal pasti sebab kekalahan mereka tetapi antara puncanya adalah kehilangan undi yang diperolehi Bersatu ketika PRU 2018.


Mohamad memberi alasan bahawa dalam undian Melaka, PN yang bertanding dalam PRN Melaka disertai gabungan daripada Bersatu, PAS, Gerakan memperoleh 77,731 undi.


Beliau menganggarkan bahawa 44,570 undi daripada jumlah itu adalah untuk PAS, berdasarkan anggaran dari pilihan raya 2018 manakala baki 33,161 adalah untuk Bersatu.


“Jika menambahnya kepada PH 114,457 undi, itu akan menjadikan 147,457 undi, berbanding BN yang hanya memperolehi 122,741 undi.


“Jelas di sini bahawa kekalahan Pakatan Harapan bukan disebabkan oleh Barisan Nasional yang hanya kekal dengan jumlah undi mereka,” katanya menerusi satu kenyataan Facebook pada Ahad.

bottom of page