top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Piala AFF 2020: Dominic Tan kemudi pertahanan lawan Indonesia

16 Disember 2021

Pemain pertahanan Dominic Tan,akan cuba membuat aksi terbaik menjelang perlawanan penentuan menentang Indonesia Ahad ini.


Beliau akan cuba mengawal benteng pertahanan dari dibocori kerana keutamaan ketika ini memastikan Malaysia menewaskan Indonesia bagi memastikan slot ke separuh akhir..


Masalah kecederaan yang melanda dua pertahanan utama negara, Aidil Zafuan dan Shahrul Saad , memberi laluan buat Dominic membarisi kesebelasan utama pertahanan negara.


Dominic yang mengakui kesilapan beliau ketika bertemu Vietnam sebelum ini tekad bangkit untuk mempamerkan aksi lebih menyakinkan pda perlawanan akan datang.


Sebelum itu, pemain baharu Sabah FC ini dikritik tajam oleh segelintir pemerhati bola sepak negara dek kerana aksi beliau yang agak longgar selaku pemain gantian.


Beliau kemungkinan besar akan bergandingan bersama Dion Cools yang dijangka akan tiba hari ini untuk menyertai perjuangan skuad negara dalam saingan Piala AFF 2020.

Malaysia akan bertemu Indonesia dalam perlawanan winner takes all pada Ahad ini jam 8.30 malam waktu Malaysia.

bottom of page