top of page
Writer's pictureNihaba

Piala AFF 2020:Harimau Malaya ‘baham’ Laos

9 Disember 2021


Malaysia meraih kemenangan kedua dalam saingan Piala AFF 2020 apabila Laos pula menjadi mangsa kali ini dengan keputusan 4-0.


Walaupun pada peringkat awal permainan, Laos lebih banyak menguasai padang dengan melancarkan beberapa siri serangan yang diketuai Ketkeo Billy. Namun Malaysia mula mendapat rentak dan memberi tekanan buat lawan.Pada minit ke-6, rembatan penyerang Laos berjaya ditepis keluar oleh Khairul Fahmi Che Mat.


Namun Malaysia berjaya mengejutkan lawan melalui gol Safawi Rasid pada minit ke-7 setelah menerima hantaran cantik dari sebelah kiri oleh Arif Aiman Hanapi.Hasil sepakan sudut sebelah kiri oleh Baddrol Bakhtiar hampir berjaya disudahkan oleh Syafiq Ahmad namun bola terkena palang sebelum susulan Aidil Zafuan yang tersasar keluar.


Malaysia terus meningkatkan asakan dan lebih menguasai bola serta mudah menyerap asakan Laos ..Pada minit ke-30, Luqman Hakim hampir menambah jaringan kedua namun rembatan beliau yang hanya berdepan penjaga gol sedikit tersasar di sebelah kiri.


Safawi Rasid menanduk bola sepakan sudut untuk menambah gol kedua pada minit ke-34.

manakala gol ke tiga Malaysia dijaringkan oleh Shahrul Saad hasil hantaran cantik Baddrol Bakhtiar dan gol ke empat pada minit ke 80 dicipta oleh Safawi Rasid hasil hantaran sebelah kanan oleh R.Kogileswaran.


Pada hujung permainan Guilherme De Paula dibawa masuk untuk membantu serangan tetapi tiada sebarang gol buat Malaysia walaupun ada rangkaian serangan yang cuba dicipta untuk memburu gol kelima permainan.


Comments


bottom of page