top of page
  • StrangePlay

Piala AFF 2020:Indonesia ikat Vietnam tanpa jaringan

15 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Indonesia mengutip satu mata berharga dalam perebutan tiket ke separuh akhir Piala AFF 2020 selepas berjaya mengikat juara bertahan, Vietnam 0-0 di Stadium Bishan,


Keputusan itu menyaksikan skuad 'Garuda' kekal mendahului Kumpulan B dengan tujuh mata apabila mengetepikan Vietnam menerusi perbezaan jaringan sekalipun terikat dengan tujuh mata.


Justeru, anak buah Shin Tae Yong itu sekadar perlu mengelak daripada kekalahan untuk mengesahkan kemaraan apabila berdepan Malaysia pada aksi terakhir, Ahad ini.

Babak pertama menyaksikan Vietnam bergelut apabila Indonesia tidak memberi sebarang ruang kepada Vietnam 'bersenang-lenang' untuk merencana gerakan yang dimahukan.


Malah percubaan Vietnam untuk 'menari-nari' dalam kotak penalti acap kali dipatahkan pertahanan Vietnam sehingga memaksa mereka melakukan percubaan jauh yang meliar.


Bersambung babak kedua, Vietnam terus gagal mendapatkan gol sekalipun mendominasi sebahagian besar permainan sekali gus terpaksa akur menamatkan perlawanan 0-0.


bottom of page