top of page
  • Writer's pictureNizam

Piala AFF 2020: Malaysia bertemu Kemboja 5.30 petang ini

6 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Anak buah Tan Cheng Hoe akan beraksi pada perlawanan pembukaan bertemu Kemboja pada 5.30 petang ini.Aksi perlawanan kumpulan B akan berlangsung di stadium Bishan,Singapura.Keupayaan Harimau Malaya untuk mengulangi kejayaan edisi 2010 kini menjadi tanda tanya susulan beberapa episod tidak diduga pada kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang membuka tirai pada Ahad.


Timbulnya tanda tanya kerana skuad Harimau Malaya akan turun tanpa khidmat beberapa tonggak utama pasukan selain terpaksa menempuh fasa persiapan singkat ekoran kepadatan jadual Piala Malaysia dan masalah kecederaan pemain pada saat akhir.


Malaysia yang disebut antara dua pasukan mara ke separuh akhir saingan di Singapura berdasarkan kedudukan ranking dunia ke-154,


Aksi menentang Kemboja, Laos dan Vietnam akan diadakan di Stadium Bishan manakala pertembungan terakhir bertemu musuh tradisi, Indonesia bakal berlangsung di Stadium Nasional [Sport Hub], Kallang.

Saingan 2018 menyaksikan Malaysia meraih tempat kedua selepas tewas secara agregat 2-3 di tangan Vietnam.


Berikut merupakan senarai lengkap barisan pemain negara yang akan membawa cabaran dalam Piala AFF Suzuki 2020:




bottom of page