top of page
Writer's pictureNihaba

Piala AFF 2020: Thailand tewaskan Timor Leste 2-0

5 Disember 2021

SINGAPURA-Skuad bolasepak Thailand berjaya mencipta kemenangan pada aksi pembukaan Kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 apabila mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Timor Leste di Stadium Nasional, Singapura sebentar tadi.


Dua jaringan yang terhasil pada separuh masa kedua, pengendali Thailand, Alexandre Polking ada alasan untuk gusar degan deretan peluang yang dicipta sepanjang perlawanan tidak mampu disempurnakan dengan baik pada separuh masa pertama.


Jaringan yang dinantikan kem Thailand hadir pada minit ke-51 apabila percubaan leret dilakukan pemain gantian, Pathompol Charoenrattanapirom ketika menerima hantaran Narubadin Weerawatnodom tidak mampu dihalang Junildo untuk meletakkan skuad Thailand dihadapan.


Supachok Sarachat memastikan kemenangan 2-0 memihak Thailand apabila beliau dengan tenang melakukan percubaan hasil umpanan baik dilakukan Narubadin untuk juara lima kali kejohanan itu kemenangan pertama. Narubadin pula telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.


Thailand bakal berdepan Myanmar pada aksi kedua yang berlangsung Sabtu depan manakala Timor Leste terlebih dahulu akan bertemu lawan sama, rabu ini

Commenti


bottom of page