top of page
  • newsatmy

Piala AFF 20202-Media Viatnam putar belit

11 disember 2021

Skuad Harimau Malaya mengancam akan menarik diri jika tidak dibenarkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF). Sejauh manakah dakwaan ini?

Beberapa laporan media di Vietnam mendakwa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengancam untuk menarik diri daripada kejohanan Piala AFF 2020 yang sedang berlangsung di Singapura andai tidak dibenarkan oleh penganjur untuk membawa pemain baharu.

Media Vietnam putar belit

“Malaysia Ugut Tarik Diri Sebelum Perlawanan Menentang Vietnam,” antara tajuk dalam laporan yang ditulis oleh VN Express.

Anehnya, laporan tersebut mengatakan ia dipetik daripada laporan oleh Stadium Astro.


Malah di dalam artikel tersebut, Stadium Astro turut melaporkan rasa positif dan keyakinan oleh Tan Cheng Hoe terhadap baki pemain yang dibawanya untuk menggalas kekosongan pemain lain yang terpaksa direhatkan.


FAM rayu AFF?

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan FAM sedang berusaha untuk mendaftarkan beberapa pemain baharu untuk kejohanan tersebut selepas empat pemain setakat ini telah disahkan positif Covid-19.

Sebelum ini Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe hanya mendaftarkan 24 pemain untuk ke Singapura.


Peraturan oleh pihak penganur pula membenarkan setiap pasukan bertanding membawa masuk 30 pemain untuk kejohanan ini.

Faisal Halim dan penjaga gol, Khairulazhan Khalid menjadi dua pemain pertama disahkan positif virus tersebut sejak saringan pertama dilakukan di SingapuraDua lagi pemain selepas itu, iaitu Akhyar Rashid dan Quentin Cheng turut disahkan positif sebelum perlawanan kedua menentang Laos tempoh hari.


Malaysia bukan satu-satunya pasukan yang hilang pemain akibat Covid-19 di kejohanan ini. Tetapi daripada jumlah pemain yang didaftarkan, nyata pasukan lain jelas lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan yang tidak dapat dielakkan.


Namun situasi ini boleh menjadi pengalaman berguna buat pasukan negara dalam menghadapi kejohanan-kejohanan lain pada masa akan datang.

bottom of page