top of page
  • Writer's pictureNihaba

Piala AFF: Permohonan FAM ganti pemain disebabkan covid-19 diluluskan penganjur

8 disember 2021

Permohonan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengganti penjaga gol untuk kejohanan Piala AFF yang sedang berlangsung di Singapura telah diluluskan oleh penganjur.


Sebelum ini FAM terpaksa memohon kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk membawa penjaga gol baharu selepas Khairulazhan Khalid yang dijangkiti COVID-19.


Kelulusan oleh AFF bagaimanapun hanya terhad kepada posisi penjaga gol sahaja, dan tidak termasuk untuk menggantikan Faisal Halim yang turut dijangkiti wabak yang sama.


Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar selepas majlis pelancaran barangan rasmi Harimau Malaya X Al-Ikhsan dan perjanjian penajaan Al-Ikhsan dan FAM, semalam.


Setakat ini dua nama pemain di posisi penjaga gol yang dikatakan di dalam pertimbangan untuk dibawa ke Singapura adalah antara Sam Somersille dan Muhammad Azri bin Ab Ghani.


Tanpa Faisal Halim dan Kahirulazhan, skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe menggunakan Akhar Rashid di posisi sayap kiri dan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Kemboja.


Pasukan negara hanya membawa 24 pemain daripada 30 yang dibenarkan oleh penganjur ke kejohanan tersebut. Ketiadaan kedua-dua pemain dan Dion Cools yang hanya akan mendaftar diri kemudian.Setakat ini, pasukan negara hanya mempunyai 21 pemain untuk berhadapan Laos jam 5,30 petang esok di Stadium Bhishan.

bottom of page