top of page
Writer's pictureArissa Azman

Piala AFF Suzuki:Thailand mara ke separuh akhir

15 Disember 2021

KUALA LUMPUR: Juara lima kali, Thailand muncul pasukan pertama melangkah ke peringkat separuh akhir Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 selepas menewaskan Filipina 2-1 pada aksi Kumpulan A di Stadium Nasional Singapura, hari ini.


Penyerang prolifik Teerasil Dangda menjadi wira kejayaan skuad Gajah Perang mara ke peringkat separuh akhir buat kali kelima berturut-turut sejak edisi 2012 selepas meledak dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua


Dua jaringan Teerasil Dangda pada aksi menentang Filipina sudah cukup untuk membawa Thailand ke separuh akhir dan pemain BG Pathum United itu turut muncul sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah saingan Piala AFF Suzuki dengan catatan 19 jaringan.


Bercakap mengenai Teerasil, Pölking menyifatkan pemain berusia 33 tahun itu merupakan antara penyerang terbaik yang pernah beraksi di bawah kendalian beliau.

“Dia merupakan penyerang terbaik yang pernah beraksi di bawah kendalian saya. Pada perlawanan menentang Filipina, beliau beraksi dengan baik dan saya gembira mengenai perkara itu. Thailand mempunyai ramai penyerang muda namun saya masih memilih Teerasil. Saya yakin beliau boleh menjaringkan 6 atau 7 gol dalam saingan edisi kali ini,” tambahnya.

Commentaires


bottom of page