top of page
  • Writer's pictureNihaba

Piala Dunia Hoki Remaja: Malaysia tewas kepada Perancis di suku akhir

2 Disember

Harapan skuad muda negara di saingan Piala Dunia Remaja di Bhubaneswar berakhir selepas tewas 0-4 kepada Perancis dalam perlawanan suku akhir yang sengit pada Rabu.


Aksi di Stadium Kalinga itu menyaksikan ketangkasan Timothee Clement tidak dapat dihalang oleh skuad kendalian Wallace Tan apabila kapten Perancis itu meledak tiga jaringan pada minit ke-14', 24' dan 60' manakala satu lagi jaringan menerusi Mathis Clément pada minit ke-31'.


Skuad negara mara ke saingan suku akhir selepas muncul naib juara Kumpulan A selepas memulakan kempen langkah kanan dengan melakar kemenangan 2-1 ke atas Chile, sebelum diikat Belgium 1-1 diikuti kemenangan 4-3 ke atas Afrika Selatan pada Sabtu.


Kekalahan kepada Perancis juga menyaksikan skuad negara gagal menebus kekalahan di pentas separuh akhir edisi New Delhi 2013 apabila tewas 1-3 menerusi penentuan pukulan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1.


bottom of page