top of page
newsatmy

Pian Cecupak meninggal dunia akibat serangan jantung

27 Januari 2022

Pelawak terkenal, Pian daripada kumpulan Cecupak dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 8 malam tadi di kediamannya dipercayai akibat mengalami serangan jantung, lapor Utusan Malaysia.


Allahyarham Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafik Abdul Rahman telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring di bilik air oleh ibunya.


Perkara tersebut dimaklumkan oleh adik arwah, Hasenah di mana arwah telah dikejarkan ke hospital namun doktor mengesahkan bahawa Pian telah tiada.


"Arwah memang ada sakit jantung dan kemungkinan ia menjadi punca kepada asbab kematian. Dia ada masalah jantung sejak tahun 2018 tetapi tidak pernah buat rawatan,


"Arwah cuma makan ubat sahaja. Sejak kebelakangan ini, kesihatan arwah juga memang agak merosot dan selalu mengadu sakit dada,"


Sebelum ini, Allahyarham Pian pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur seawal 3 pagi pada 17 Oktober 2018 akibat sesak nafas.


Susulan itu, pelawak berusia 52 tahun difahamkan perlu membuat rawatan angiogram yang mana kos perubatannya mencecah RM5,000.


Jenazah Pian kini diuruskan oleh pihak surau berdekatan kediaman mereka di Taman Dato’ Senu, di ibu kota dan akan dikebumikan pada pagi ini.


Terdahulu, Allahyarham Pian mula menempa nama dalam industri hiburan menerusi rancangan TV popular, Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 90-an sebelum menyertai kumpulan lawak Cecupak.

Comments


bottom of page