top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PIKAS elak kluster pembuatan

3 Julai 2021

Direkodkan setakat 27 Jun, sebanyak 4,537 syarikat membabitkan 669,846 atau 30% pekerja dalam sektor pembuatan di seluruh negara telah berdaftar di bawah PIKAS.


Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan sekurang-kurangnya 90% daripada tenaga kerja sektor itu menerima vaksin.


Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, berdasarkan maklum balas yang cukup baik dari pihak majikan, MITI komited sasaran imuniti kelompok seramai 2 juta pekerja dapat dicapai menjelang September tahun ini.


"YAB Perdana Menteri dalam pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) juga memperuntukkan sejumlah RM150 juta bagi memperkasakan lagi program vaksinasi ini,


"Saya menyambut baik pengumuman YAB PM tempoh hari kerana ianya merupakan satu keputusan yang pragmatik dan baik," ujar beliau.

PIKAS mempunyai 2 jenis PPV, iaitu:


1) PPV Penggunaan Umum

2) PPV di Tapak (On-site)


Oleh itu, bagi memastikan operator kemudahan vaksinasi tidak mengenakan kos berlebihan kepada majikan yang perlu menggunakan perkhidmatan PPV sedia ada, MITI meminta kos standard RM30 setiap dos selain RM15 disalurkan kepada ProtectHealth Corporation Sdn Bhd.


Sambutan dari para majikan dan pekerja juga cukup menggalakkan kerana dasarnya tak lain tak bukan hanyalah untuk menjamin keselamatan pekerja, mengurangkan kluster dan seterusnya memastikan operasi perniagaan serta ekonomi negara dapat dipertingkatkan.


Bagi majikan/syarikat yang belum mendaftar dan berminat menyertai PIKAS, boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.miti.gov.my.




--PN Online

bottom of page