top of page
Writer's pictureArissa Azman

PIKAS utamakan pekerja sektor pembuatan

16 Jun 2021

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Seri Mohamed Azmin Ali menerusi laman facebook nya berkata, Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) adalah program vaksinasi yang mengutamakan pekerja dalam sektor pembuatan.


Ini bagi melindungi pekerja daripada risiko jangkitan COVID-19 di premis perniagaan atau perkilangan.


PIKAS akan dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustrian yang dikenal pasti.


Setakat ini, lebih 500 syarikat dengan jumlah pekerja 106,591 pekerja membuat permohonan untuk menyertai PIKAS.


Vaksin di bawah PIKAS ini adalah PERCUMA bagi pengusaha sektor pembuatan yang belum mengetahui.



Syarikat hanya perlu mengikut terma dan syarat, antaranya memastikan pekerja berdaftar dengan MySejahtera untuk Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).


Meskipun PIKAS berkonsepkan sukarela, namun kerajaan amat menggalakkan pemain industri untuk turut serta menyertai bagi mengekang penularan COVID-19 di tempat kerja, seterusnya membantu kerajaan menyegerakan imunisasi bagi rakyat.


Mohon segera di www.miti.gov.my


Borang yang telah diisi, boleh juga dihantar ke persatuan industri, persatuan perniagaan atau emel ke vaccine4industry@miti.gov.my


Bersama kita cegah penularan wabak COVID-19!



--PN Online

Comments


bottom of page