top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Pilihanraya Tanpa Selesaikan Isu MyKad dan Warganegara Haram Hanya Akan Gadaikan Negara

14 Jun 2021

Dalam pada sibuk mengenai pesawat dan kapal China meninjau Malaysia, kita hampir terlupa bahawa ratusan ribu rakyat China sudah pun dalam negara kita, malah ada yang sudah menjadi warga haram.


Ini bukan isu BN atau isu PH atau isu PN, bukan isu Najib atau isu Tun M atau isu Muhyiddin, tetapi ini adalah tentang isu keselamatan negara dan isu masa depan rakyat Malaysia.


Che'Gu Bard menerusi posting beliau di Facebook berpendapat, beliau tidak membicarakan tajuk ini atas alasan membenci rakyat Malaysia berbangsa Cina sebagai musuh, selagi mempunyai semangat patriotik dan menghormati kontrak sosial yang digunakan sejak lebih 60 tahun yang lalu maka kaum apa pun ia keluarga besar kita.


Tanah Melayu pernah disebut sebagai sebahagian daripada wilayah Tanah Besar China dalam silibus pendidikan rendah negara China (1938).


"Saya 'concern' dengan masa depan negara dengan berlakunya kedatangan puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi," tambah beliau.


Tangkapan di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka dan banyak lagi adalah sebahagian daripada buktinya.


Ia adalah satu 'open-secret'.


JPN pada 2015 juga mengakui telah mendaftarkan lebih 17,000 kes wanita China yang berkahwin dengan rakyat tempatan.


Itu data lama, bagaimana pula dengan data terbaru?


Ini tidak termasuk dengan kes penjualan kad pengenalan dan passport kepada warga China.


Sebelum PRU dicadangkan, selesaikan dahulu pertukaran MyKad.


Hanya MyKad baru sahaja boleh mengundi dan berurusan maka kita boleh tahan mereka yang beli MyKad dan takut tampil tukar.


Ini tidak termasuk ribuan pekerja China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China yang menelan belanja ratusan billion RM.


Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain.


"Saya bermohon agar semua pemimpin negara serius melihat masalah ini,"


Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara Islam yang adil, maju dan makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu Muslim yang berwibawa sebagai tunjang kepimpinan negara.



--PN Online

bottom of page