• Arissa

PKRC Permai terima sumbangan RM10,000

19 Jun 2021

Perikatan Nasional Negeri Johor telah memberikan sumbangan asas kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Olive B, Hospital Permai, Kempas.


Perikatan Nasional Negeri Johor telah memberi sumbangan berjumlah RM10,000 untuk kegunaan PKRC Hospital Permai Tampo Johor.


Penyerahan sumbangan diwakili oleh Dato' Dr. Sahruddin Jamal, Datuk Hjh. Azlinda Latif dan YB Solihan Badri.


Untuk pengetahuan, PKRC Olive B merupakan PKRC pertama dalam negara yang khusus menempatkan golongan wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.


Pengarah PKRC Olive B Johor Bahru, Dr. Mohamad Faiz Maarof, mengucapkan rasa syukur dan terima kasih di atas bantuan yang diberikan.

"Kami akan pastikan semua sumbangan ini disampaikan kepada semua pesakit-pesakit yang berada di sini, terutama pesakit wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak- di bawah umur 12 tahun," ujar beliau.




--PN Online