top of page
  • cik skod

Player import reti cakap Kedah

15 Sept

Kelibat Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus mencuri tumpuan ramai apabila sekali lagi beliau tampil dengan satu kenyataan berbaur sindiran.


Menerusi laman Facebook rasmi milik Sanusi semalam, beliau telah memuat naik satu status bersama beberapa gambar dengan satu kenyataan yang jelas ditujukan kepada seseorang.


Kenyataan ringkas yang dilontarkan oleh Sanusi sebelum itu jelas berseloroh mengenai pemain import yang dikhabarkan beliau boleh bercakap dalam bahasa Kedah.

“Mai tgk bola sat malam ni, Kedah lawan Selangor.


“Player import kami reti oooo cakap Kedah, Hang ni awatttt, Hang pasai paaaaa,” tulis kenyataan tersebut semalam dan mendapat perhatian ramai para penyokong bola sepak negara.


Sanusi ketika itu hadir di Stadium Darul Aman untuk menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kedah Darul Aman (KDA) menentang Selangor dalam aksi Liga Super 2022.


Beliau jelas gembira semalam setelah menyaksikan sendiri pasukan tersebut mencatat kemenangan 3-1 di laman sendiri serta berjaya memberi aksi yang sangat positif.


Kontroversi Sanusi dalam bola sepak tempatan sudah berlarutan sejak beberapa bulan ini dan beliau sering menyasarkan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mencetuskan perbalahan bersama kelab tersebut menerusi kenyataan-kenyataan pedas dikeluarkan.


Sebelum itu, Sanusi sendiri secara terang-terangan menyindir pasukan tersebut ketika aksi final Piala FA 2022 menerusi beberapa kenyataan yang agak sinis.


Menteri Besar Kedah itu turut mempersoalkan kemenangan JDT apabila beliau bertanya jika ada pemain kelab itu mampu bercakap dialek Johor.


Kenyataan itu turut dimuat naik bersama satu video yang mempamerkan Sanusi sedang bermain muzik sedih di hadapan orang awam dalam satu majlis.


Kelantangan Sanusi juga jelas menarik minat pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) untuk turut membalas kenyataan Sanusi menerusi beberapa sindiran juga di media sosial.


Pertembungan kedua individu berpengaruh dalam bola sepak ini sering dinanti-nantikan oleh para penyokong untuk merasai kemeriahan tersebut.



bottom of page