top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

PM bentang RMK12 dengan menetapkan 9 fokus utama

27 September 2021

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang, ketika negara sedang mengharungi cabaran getir pandemik Covid-19.


Berobjektifkan “Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif, Mampan”, RMK12,bukan sekadar hanya berteraskan untuk menjana kekayaan untuk negara, selain dari itu bagi membolehkan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih baik dengan pengagihan peluang serta. hasil lebih saksama Selain dari itu,mengekalkan kelestarian alam sekitar juga akan diberi keutamaan dalam RMK 12


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, sebagai perdana menteri kesembilan pada 21 Ogos, mengantikan Tan Seri Mahiaddin dari Perikatan Nasional membentangkan perancangan lima tahun berkenaan di Dewan Rakyat, dengan kerajaan memperuntukkan RM400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah RMK12.


RMK12, diviarasikan dengan pelbagai inisiatif berpaksiaksikan sembilan fokus utama iaitu merancakkan pertumbuhan ekonomi; memperkukuh pemangkin pertumbuhan; meningkatkan kesejahteraan Keluarga Malaysia; memantapkan keselamatan dan ketenteraman awam; membasmi kemiskinan tegar dan merapatkan jurang pendapatan.


Fokus lain adalah memperkasa agenda bumiputera dan Keluarga Malaysia; melonjakkan pembangunan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri kurang membangun; mempercepat pertumbuhan hijau; dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam dan memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan.


bottom of page