top of page
Writer's pictureArissa Azman

PM beri 100 hari kepada Kabinet untuk tunjuk prestasi

28 Ogos 2021

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun mengumumkan senarai kabinet baru yang terdiri daripada 31 menteri dan 38 timbalan perdana menteri, sebentar tadi.


Disamping ini juga, Ismail Sabri telah memberikan tempoh selama 100 hari kepada Jemaah Menteri untuk buktikan prestasi mereka.


Pilihan berlandaskan pengalaman

Menurut FMT, Ismail Sabri sendiri akan memastikan barisan Jemaah Menterinya itu untuk menekankan budaya kerja berprestasi tinggi.


"Justeru, setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang serta mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama,


“Barisan Jemaah Menteri yang dibentuk hari ini merupakan pasukan pengurusan yang akan bekerja bersama rakyat. Jemaah Menteri ini perlu bertindak pantas dan bersepadu dalam usaha membebaskan Malaysia daripada ancaman pandemik Covid-19, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik.”


Selain itu, ahli kabinet juga perlu menjalankan tugas berlandaskan tiga prinsip iaitu peka dengan keperluan semasa, bertanggungjawab serta amanah dan kembalikan semula keyakinan rakyat.


Tambahnya lagi, kesemua Jemaah Menteri yang dipilih itu berdasarkan kombinasi pengalaman mereka yang dijangka dapat membantu memulihkan ekonomi negara serta meningkatkan keyakinan pelabur.


Ismail Sabri turut memberitahu yang kerajaan akan memperkasa Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) selepas mengambil kira ramalan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa manusia akan kekal hidup bersama Covid-19.


"Ia bertujuan mendidik Keluarga Malaysia untuk hidup bersama virus ini. Kita perlu terus mengawal segala risiko Covid-19 dan mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.”


Perlu kerjasama dari Keluarga Malaysia

Perdana Menteri turut meminta supaya rakyat Malaysia memberikan kerjasama kepada Jemaah Menteri untuk menjalankan tugas mereka.


"Sesungguhnya, barisan Jemaah Menteri ini juga mengambil pendekatan baharu yang bersifat lebih terbuka dengan menyantuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yang lebih efisien.


“Namun, Jemaah Menteri saya tidak boleh bekerja bersendirian. Kami memerlukan dukungan semua penjawat awam dan seluruh Keluar," ujarnya.

Comentários


bottom of page