top of page
  • admin

PM Hadir Perjumpaan Top 5 petang ini dan mesyuarat MT UMNO pada sebelah malam


KUALA LUMPUR, 30 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri perjumpaan lima pemimpin tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, hari ini.

Perkara itu disahkan menerusi hantaran Facebook rasmi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memaparkan gambar kelima-lima pemimpin tertinggi parti itu.


“Sedang perbincangan Top 5 UMNO,” katanya.

Selain Ismail Sabri dan Mohamed Khaled, pemimpin ‘Top 5’ UMNO yang hadir ialah Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid.


Perjumpaan Top 5 itu dipercayai bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan berlangsung malam ini.


Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Mesyuarat MT UMNO yang dijadualkan 17 Sept ditangguh dan dijadualkan semula pada hari ini

bottom of page