top of page
  • Writer's pictureNihaba

PM umum khabar gembira buat 1.6 juta penjawat awam


KUALA LUMPUR,30 Ogos: Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang berlangsung jam 10 pagi ini menjadi tumpuan 1.6 juta penjawat awam dari seluruh negara.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan sesuatu yang menceriakan para penjawat awam.


Khabar gembira itu umpama 'durian runtuh' buat penjawat awam yang selama ini menjadi tulang belakang kerajaan setelah bertungkus-lumus dalam memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat.


Antara khabar gembira buat penjawat awam dan pesara antaranya,


1) Kerajaan bersetuju menambah kadar Cuti Rehat Khas sebanyak lima hari menjadikan jumlah 15 hari kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkhidmat lebih 10 tahun. Ia memberi manfaat kepada 500,000 guru bagi urusan mustahak dan kecemasan.


2) Kerajaan bersetuju menambah bayaran kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 hingga 56 bermula Januari 2023.

Kenaikan tambahan khas itu akan memanfaatkan 1.28 juta penjawat awam


3) Kerajaan bersetuju menambah bayaran kenaikan gaji tahunan (KGT) sebanyak RM100 bagi penjawat awam Gred 11 hingga 56 bermula Januari 2023

Kenaikan tambahan khas itu akan memanfaatkan 1.28 juta penjawat awam

Sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada tahun 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada tahun 2023 adalah sebanyak RM180,


4) Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 bagi anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara dan veteran kerajaan tidak berpencen.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pembayaran BKK itu akan dibuat bermula Januari 2023.


bottom of page