top of page
Writer's pictureNizam

PN guna logo PAS? PAS sedia runding Umno isu kerusi


ALOR SETAR.2 Sept: Penggunaan logo PAS iaitu lambang bulan pada PRU15 akan dibawa ke perbincangan Perikatan Nasional (PN) sekiranya perkara tersebut belum dimuktamadkan.


Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui, terdapat negeri-negeri yang memohon untuk itu, namun ianya mesti diputuskan oleh kepimpinan PN.


“Setakat la (sekarang), Kelantan mohon, Terengganu, Kedah. Terpulang kepada keputusan mesyuarat nantilah. Kita harap mana yang lebih ada chances untuk pengundi sukalah,” ujarnya.


Beliau yang juga Menteri Besar Kedah ditemui media selepas hadir dan menyampaikan ucapan motivasi kepada para pimpinan dan perwakilan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-63 di Hotel Raia, di sini semalam.


Beliau tidak menolak persoalan bahawa permohonan tersebut kerana mengambil kira beberapa faktor antaranya kekeliruan pengundi berhubung warna biru di mana ia menyamai warna Barisan Nasional (BN).


Menjawab soalan mengenai 27 kerusi yang dikatakan boleh berlaku pertembungan antara PAS dan Umno, ADUN Jeneri ini menyatakan keterbukaan bahawa perkara itu sedia diselesaikan.


“Boleh dirundingkan, boleh dirundingkan. Rundingan terpilih, rundingan terpilih di kerusi tertentulah. Saya rasa kalau tidak dirundingkan, siang-sianglah dapat kat PH (Pakatan Harapan), kan? Sayang pula. Rundinglah selagi boleh.


“Saya pun okey apa kalau nak berunding. Saya ready. Takut depa tak ready pasal saya sebut tadi kerusi tak cukup untuk semua orang, pemimpin politik itu kena ada tempat untuk bertanding.


“Jadi dia tak cukup (nakkan kerusi) macam mana dia nak pakat dengan kita? Saya faham dilema tu yang dihadapi oleh mereka,” ujarnya merujuk Ketua Bahagian dan Ketua sayap-sayap Umno yang mahu kerusi bertanding PRU15.


Menurut beliau, sekiranya ada ruang untuk boleh berunding di mana-mana kerusi tersebut, seelok PAS dan Umno berunding di mana menegaskan PH tidak harus diberi kemenangan mudah dan tiada juga parti seharusnya memerintah sendirian.

Commentaires


bottom of page