top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PN Melaka tawarkan kerajaan yang stabil, berintegriti – Micheal Gan

12 NOVEMBER 2021

MELAKA: Perikatan Nasional Melaka menawarkan khidmat kepada rakyat untuk memberi sebuah kerajaan negeri yang saksama, bersih dan berintegriti.


Menurut Pengerusi Parti Gerakan Melaka, Datuk Seri Micheal Gan, beberapa tahun kebelakangan ini banyak pergolakan politik dan isu-isu rasuah terjadi, jadi tawaran itu dibuat sesuai dengan PRN Melaka yang bakal berlangsung untuk memberi perubahan kepada pentadbiran negeri itu.


“PN adalah satu gabungan anti-rasuah.


“Calon-calon Gerakan turut membuat perjanjian melalui SD sebelum penamaan calon untuk tidak lompat parti.


“Bagi membuktikan bahawa mereka bersedia untuk memenuhi tawaran itu dengan bersungguh-sungguh.


Micheal yang turut bertanding sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh turut mencadangkan satu zon bebas perdagangan bebas untuk menaikkan sektor ekonomi dan pelancongan.


“Kita akan cadangkan untuk menjadikan Melaka Tengah sebagai zon perdagangan bebas kerana Melaka adalah negeri yang bergantung kepada sektor pelancongan.


“Sekiranya saya dipilih, saya akan cuba meningkat sektor pelancongan di Ayer Keroh


“Selain itu isu banjir perlu diberi perhatian, namun banjir berlaku kerana bencana alam,”


Salah satu cara adalah untuk membesarkan sistem perparitan dan kita akan mencadangkan kepada kerajaan persekutuan untuk melakukan kajian yang mendalam supaya banjir dapat dikurangkan di kawasan ini,” katanya dalam sidang media Perikatan Nasional pada Khamis.

bottom of page