PN sokong GPS, PAS pada PRN Sarawak – Hamzah
1 Disember 2021
KUALA LUMPUR: Setiap parti politik berhak meletak calon pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini, seiring dengan amalan demokrasi kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Setiausaha Agung Perikatan Nasional itu berkata, tidak salah bagi Perikatan Nasional (PN) menyokong parti yang mesra (Gabungan Parti Sarawak) dengan gabungan berkenaan, termasuk bekerjasama dan membantu komponen PN (PAS) yang meletakkan calon.
Hamzah berkata, PN akan bekerjasama dan membantu komponen PN yang meletakkan calon.
“Setiap parti berhak bertanding atau sebaliknya dan Bersatu sudah membuat pengumuman untuk tidak bertanding.
“Saya tidak akan sentuh mengenai parti politik lain. Kami akan bekerjasama kerana sejak hari pertama mengambil alih kerajaan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah parti yang mesra dengan PN,” katanya.
Hamzah berkata, tidak salah bagi Perikatan Nasional untuk menyokong parti yang mesra dengan gabungan itu.
Pilihan Raya Negeri Sarawak diadakan pada 18 Disember ini dengan tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.
Comments