top of page
Writer's pictureArissa Azman

Polis, penolong pegawai kesihatan dan gadis 14 tahun antara ditahan sertai parti liar

8 NOVEMBER 2021

KUCHING: 14 individu ditahan dalam serbuan terhadap parti liar di sebuah apartmen dekat Jalan Batu Kawa, Kuching.


Pesuruhjaya Polis Sarawak, Aidi Ismail berkata turut ditahan dalam serbuan itu seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, anggota polis berpangkat Koperal, penolong pegawai kesihatan dan pelajar perempuan tingkatan empat.


Dalam serbuan itu, polis berjaya merampas 14.57g ketamin, 14 biji pil ekstasi dan lima biji pil eramin dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak kira-kira jam 10 pagi, Rabu lalu.


“Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan orang lelaki dan lima orang wanita.


“Saringan awal kencing dapati kesemua suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine.


“Mereka kini ditahan reman di lokap Siburan dan lokap Beratok, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan sehingga esok,” katanya memetik laporan Berita Harian.


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Comments


bottom of page