top of page
Writer's pictureArissa Azman

Polis rekod kenyataan Fahmi Reza selepas siaran 'House of Balak'

26 Januari 2022

KUALA LUMPUR: Pereka grafik dan aktivis Fahmi Reza dipanggil ke Bukit Aman semalam bagi membantu siasatan berhubung kiriman media sosial yang didakwa memaparkan imej suntingan Jata Pahang dengan perkataan 'House of Balak'.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, dalam satu kenyataan malam tadi, berkata aktivis itu dipanggil untuk direkodkan keterangannya di Unit Siasatan Jenayah Terperingkat, Bahagian Pendakwaan/Undang-undang CID.


“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung posting yang dimuat naik pada 3 Jan.


“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 bagi perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar,” katanya.


Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta tidak menggunakannya untuk menyebarkan sebarang maklumat yang boleh menimbulkan keresahan orang ramai dan menggugat keharmonian negara.


Tambahnya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang sengaja mengancam ketenteraman dan keselamatan awam.

Comments


bottom of page