top of page
  • newsatmy

Polis Terengganu pertingkat rondaan, pemantauan sepanjang Aidilfitri

12 Mei 2021

KEMAMAN: Sebanyak 190 pasukan pematuhan dan pemantauan akan digerakkan di Terengganu sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Khamis ini.


Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata kira-kira 800 kekuatan itu akan melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan kampung, taman perumahan dan sebagainya.


Katanya inisiatif yang dilakukan itu bagi memastikan masyarakat di Terengganu sentiasa patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sepanjang Aidilfitri nanti.


"Kita boleh tengok dengan kenderaan yang banyak tidak kira motosikal atau kereta mahupun bilangan kasut.


"Kita akan membuat rondaan jadi berwaspadalah. Tuan rumah akan dikenakan kompaun serta mereka yang tidak akan surat kebenaran rentas negeri.


"Sebagai contoh mereka yang pulang daripada Kuala Lumpur atau Selangor, kami akan membuat semakan sama ada mereka ini benar-benar mendapat kebenaran," katanya.


Beliau berkata pihaknya tidak akan berkrompromi dengan mana-mana individu yang dikesan melanggar SOP yang telah ditetapkan termasuk pemilik rumah dan kompaun serta merta akan dikeluarkan.


Sementara itu Roslee turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu ghairah untuk menyambut Aidilfitri sehingga mengabaikan SOP.


Jelasnya masyarakat juga perlu memainkan peranan dan tanggungjawab dalam usaha memutuskan penularan wabak COVID-19 dan bukannya terletak di bahu petugas barisan hadapan semata-mata.


-Astro Awani

Comentarios


bottom of page