top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Presiden FOMCA tawar diri jadi penasihat PM dengan upah rendah

30 NOVEMBER 2021

KUALA LUMPUR: Akibat menerima lambakan aduan mengenai kenaikan harga barangan keperluan semasa, Presiden FOMCA Datuk Dr Marimuthu Nadason menawarkan dirinya sendiri untuk menjadi penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dengan kadar upah lebih rendah berbanding penasihat yang lain.


Beliau berkata, Perdana Menteri mungkin perlu menambah satu lagi penasihat peribadi, walaupun mempunyai kementerian bagi setiap kategori memandangkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) gagal menurunkan harga barang seperti dijanjikan.


Malah Presiden FOMCA itu berjanji untuk menggalas tanggungjawab itu dengan bayaran upah lebih rendah daripada jumlah yang dibayar kepada penasihat-penasihat PM yang lain.


“FOMCA tidak putus-putus menerima aduan rakyat mengenai lonjakan harga barang dan kerajaan gagal menyemak trend ini. Mereka tidak faham kita tiada kuasa untuk mengawal peniaga.


Marimuthu berkata, banyak lagi perlu dilakukan oleh kementerian, bukan sekadar berkata-kata saja. Malah beliau turut menasihati menteri dari kementerian berkaitan untuk pergi sendiri ke pasar untuk melihat keadaannya sebenar yang dilalui rakyat.

bottom of page