top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

Prihatin Johor tubuh Pusat Aduan 24 jam bagi penyelarasan bantuan banjir

5 Januari 2022

Pada 4 Januari semalam, satu program taklimat dan perbincangan serta butiran lanjut mengenai bencana banjir negeri Johor telah pun diadakan di Arena Warna, Ayer Hitam.



Program tersebut dianjurkan oleh Prihatin Johor dan telah dihadiri oleh lebih 10 NGO dan Sukarelawan dalam Misi Bencana Banjir negeri Johor 2022.


Program ini bertujuan bagi menyusun penyelarasan terutamanya didalam pembahagian dan pengagihan barangan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa daerah di dalam negeri Johor yang telah terkesan dengan bencana banjir kini.


Ini bagi membolehkan supaya usaha penyampaian sumbangan itu juga akan berada didalam keadaan sistematik dan lebih teratur bagi memastikan tiada mangsa banjir yang akan terabai.


Selain itu, para hadirin turut diberikan taklimat dan etika semasa operasi misi bantuan banjir dilakukan. Taklimat ini disampaikan dengan cukup terperinci dan disampaikan oleh Pengerusi Prihatin Johor, Encik Mohd Hafiz Bin Abdullah.


Kesemua wakil NGO dan sukarelawan yang hadir juga sebulat suara dan bersetuju untuk membentuk satu gabungan khas Bernama “Gabungan Sukarelawan Bencana Negeri Johor”.


Selain dari bertindak sebagai pasukan sukarelawan didalam misi banjir yang sedang melanda negeri Johor ketika ini, Gabungan ini juga akan turut bertindak dalam mengenalpasti, memantau serta melaksanakan pencegahan bagi mengelakkan bencana di seluruh negeri Johor pada masa hadapan kelak.


Kesemua ahli perwakilan Gabungan Sukarelawan Bencana Negeri Johor juga sebulat suara dan bersetuju untuk menubuhkan satu Pusat Aduan 24 jam dibawah kelolaan sepenuhnya Prihatin Johor.


Pusat Aduan ini juga akan bertindak selaku Pusat Kawalan Operasi bagi penyelarasan misi banjir negeri Johor serta penyelarasan bahan bantuan bencana. Kepada seluruh rakyat negeri Johor, sekiranya anda mempunyai sebarang aduan dan maklumat, bolehlah disalurkan melalui talian Pusat Aduan seperti berikut, 013-5800016 (Beroperasi 24jam)

bottom of page