top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PRN Johor: Ng Kor Sim calon DAP untuk Jementah

23 Februari 2022

JOHOR BARU: DAP pada Selasa mengumumkan pengurus besar sebuah syarikat swasta Ng Kor Sim, 39, sebagai calon yang akan bertanding di kerusi Jementah di bawah tiket Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya Johor pada 12 Mac ini.


Calon itu diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menerusi Facebook Live.


Ng yang juga ibu tunggal aktif menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan sejak 2015.


DAP sebelum ini mengumumkan calonnya untuk Tangkak, Paloh, Mengkibol, Penggaram, Stulang, Johor Jaya, Bekok, Bentayan, Pekan Nanas, Senai dan Yong Peng.

bottom of page