top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PRN Johor: Perlu ada gabungan besar antara Parti - TKB Pontian

25 Januari 2022

Memetik artikel Agenda Daily berkenaan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad yang mencadangkan supaya Pakatan Harapan (PH) Johor membuka pintu rundingan dengan dengan Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pontian, merangkap Setiausaha Gabungan Timbalan Ketua Bahagian Malaysia, Matharuzaman Ahmad, bersetuju dengan kenyataan tersebut.


Beliau berkata persefahaman politik antara dua parti ini perlu dicapai bagi mengelak episod PRN Melaka berulang lagi dan juga demi kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.


Perundingan ini juga perlu dibuat bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru yang hanya akan merugikan.


"Pihak kepimpinan pusat perlu bersifat terbuka dengan cadangan yang diutarakan oleh pihak pembangkang,


"Mungkin gabungan dua parti besar ini boleh bermula di PRN johor dahulu dan seterusnya kita bleh tunggu dan lihat hasilnya, mungkin berpihak kepada kita," ujarnya.


Persefahaman politik penting terutama melibatkan kerusi-kerusi yang parti pembangkang mempunyai potensi untuk menang. Hal ini penting sekaligus dapat mengelakkan situasi yang berlaku di PRN Melaka lalu.


"Jika tiada kerjasama antara parti pembangkang, ia mungkin hanya akan merugikan sekaligus mengurangkan peluang pembangkang untuk memenangi PRN Johor.


"Kena ada satu wow factor, mesti ada sesuatu besar berlaku dalam PH. Saya lihat kalau PH pergi solo, kita mungkin hadapi kesukaran mendapat sokongan pengundi-pengundi yang ikut parti.


"Jadi saya melihat wow faktor tu, salah satunya kalau ada kerjasama antara PH dan PN semula," katanya


Sabtu lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan pembubaran DUN Johor bagi membolehkan PRN diadakan selepas Baginda menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene, Johor.


PRN Johor terpaksa diadakan ekoran kedudukan kerajaan pimpinan Hasni hanya memiliki kelebihan satu kerusi apabila blok kerajaan hanya menguasai 28 DUN manakala PH pula 27 kerusi daripada 56 DUN.

bottom of page