top of page
  • Writer's pictureMatha Ahmad

PRN Johor seakan ambil kesempatan atas kesusahan rakyat

23 Januari 2022

Desas-desus tentang satu lagi pilihan raya iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor sejak dua minggu ini kuat kedengaran.


Perkara ini diperkuatkan lagi apabila Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, tidak menolak keperluan bagi mengadakan PRN di negeri berkenaan.


Walaubagaimanapun, sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk mengadakan apa jua Pilihan Raya, baik Pilihan Raya Negeri (PRN) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU).


Hal ini disebabkan keadaan kita yang masih lagi menghadapi pandemik Covid-19, di mana data harian masih lagi menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini. dan negara kita juga baru sahaja ditimpa bencana banjir.


Sebahagian rakyat negeri Johor yang terkesan dengan bencana banjir sedang berjuang untuk bangkit memulihkan kehidupan seharian disebabkan sebilangan daripada mereka kehilangan pekerjaan dan tiada sumber pendapatan yang tetap.


Ditambah pula dengan peningkatan kos barangan asas seperti sayur, ikan, ayam dan juga telur telah menambah beban rakyat yang seakan sudah jatuh ditimpa tangga pula.


Rakyat mengeluh dengan peningkatan mendadak harga sayur dan merayu agar pihak berkuasa berkaitan segera membuat pemantauan terhadap perkara tersebut daripada mengadakan PRN.


Kuasa beli perbelanjaan penggunaan isi rumah Malaysia kini semakin susut dan kadar inflasi semakin tinggi akibat kenaikan harga barangan asas.


Seharusnya pemimpin mesti memberi keutamaan untuk membaik pulih masalah-masalah utama yang dihadapi oleh negara kita dan memperkasakan serta mengukuhkan politik.


Walaupun pihak pembangkang dan juga Perikatan Nasional menyokong kepimpinan Dato' Haji Hasni bin Mohammad, dan tiada tanda-tanda mereka menyukarkan pengurusan peringkat negeri untuk mengurus negeri Johor, namun UMNO tetap ingin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan alasan mereka mendapat majoriti yang sangat tipis.


Hakikat sebenarnya, mereka hanya ingin mengukuhkan kedudukan dari segi politik.


Tindakan mencetuskan PRN oleh UMNO sebagai helah untuk ambil kesempatan ketika ramai rakyat di negeri ini akan berhadapan kesukaran untuk pulang mengundi.


Bahkan pelaksanaan pilihanraya negeri yang bakal menelan belanja sekurang-kurangnya RM150 juta adalah suatu pembaziran wang rakyat.


Malangnya, UMNO sedikit pun tidak empati kepada rakyat yang sedang berada dalam keadaan sukar.


Ini adalah pilihanraya yang dipaksakan dan mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat.


Rakyat harus sedar dengan taktik kotor UMNO ini dengan menghukum mereka pada hari mengundi dengan memilih pemimpin yang berkaliber dan lebih berpengalaman.


Dalam masa yang sama, pemimpin daripada Perikatan Nasional perlu berlapan dada untuk membentuk satu gabungan besar bersama Pakatan Harapan supaya tidak berlaku pertembungan 3 penjuru.



Matharuzaman bin Haji Ahmad

bottom of page