top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PRN Johor: UMNO takkan goyah demi ego - Chegu Bard


Hari ini terbaca di Sinar Harian kenyataan YB Amirol Huda Hassan, ADUN Parit Yani, Johor yang beri amaran kepada Umno Johor yang ghairah hendak adakan Pilihanraya dengan mengingatkan Umno mengenai rakyat boikot pilihanraya.


Untuk pengetahuan Amirol Huda, Umno Johor tidak takut dengan peringatan atau ugutan kemungkinan rakyat akan boikot kerana memang Umno yakin tahap kebosanan rakyat terhadap politik tinggi, malah ancaman Covid 19 dan rakyat yang sedang susah bergelut dengan perbagai masalah hidup bakal menyebabkan rakyat tidak keluar mengundi.


Ini yang diharapkan Umno. Maka mereka berangan untuk menang besar seperti di Melaka. Di Melaka, kadar keluar mengundi sangat kecil sekitar 65%. Umno hanya perlu keluarkan pengundi totok (putih) mereka dan seperti di Melaka mereka harapkan dengan pertambahan hanya sekitar 5% undi dari PRU ke 14 maka membolehkan mereka menang besar sebilangan kerusi walaupun tipis bilangan undi di kebanyakan kerusi. Bagi Umno Johor ini soal kuasa dan ego mereka.


Bila bercakap soal Umno, ramai pimpinan Umno rasional seperti Khairy, Mahdzir Khalid, Annuar Musa mahupun Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri sendiri tetapi kekacauan politik ini diwujudkan oleh kelompok penganggur politik dalam Umno pentaksub #klustermahkamah.


Seruan Perdana Menteri supaya semua menumpukan gerak kerja membantu rakyat keluar dari kesan Covid 19 dan bencana besar baru-baru ini tidak langsung dipedulikan. Titah Sultan Johor agar ketepikan politik sempit tumpukan pada rakyat terus diderhakai.


Pilihanraya Negeri Johor akan jadi antara kemuncak ego dan kesombongan mereka. Hanya rakyat yang keluar beramai ramai bakal mengakar keangkuhan mereka. Puak #klustermahkamah ingin menggunakan siri kemenangan pilihanraya sebagai lesen membenarkan tekanan politik membebaskan mereka dari hukuman jenayah yang dilakukan.


Lebih lucu hujah mereka menangguh pemilihan parti kerana COVID 19 namum mereka mendesak Pilihanraya Umno pada waktu yang sama. Rakyat perlu bersatu menolak kleptokrat #klustermahkamah dan kebiadapan penggadaian hak dan pribumi yang dilakukan PH selama 22 bulan berkuasa.


Amaran buat semua pemimpin PPBM dan PN Johor, ini masanya untuk satukan kekuatan, bergerak dalam satu bingkai kerja yang sama (frame work). Susun dan guna semua kekuatan yang ada.


Rakyat tidak pernah melupakan apa yang #klustermahkamah dalam Umno lakukan. Perubahan undi pun kalaj wujud berkisar kepada 5% sahaja tetapi rakyat masih belum yakin kesatuan, kesungguhan dan kestabilan PN. Ketidak keyakinan itulah mungkin diterjemah dengan tidak keluar mengundi dan itulah harapan dan keangkuhan puak puak penganggur politik dan pentaksub #klustermahkamah.

bottom of page