top of page
  • newsatmy

PRN Melaka: Agihan kerusi parti gabungan PN telah dicapai

Updated: Oct 27, 2021

27 Oktober 2021

MELAKA: Agihan kerusi dikalangan parti gabungan Perikatan Nasional(PN),berhubung pembahagian kerusi yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah berjaya dicapai.


Pesuruhjaya PAS Melaka, Datuk Kamarudin Sidek berkata perbincangan tersebut juga mencapai persetujuan untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan ia hasil persefahaman bagi mengukuhkan perpaduan bangsa Melayu dan Islam.


“Alhamdulillah, hari ini kami sudah mencapai kesepakatan yang dicari selama ini dan kami berjaya kerana niat kami sama, iaitu untuk menyatukan bangsa Melayu dan Islam,” katanya dipetik dalam laporan BH.


Namun, PAS tetap masih menunggu keputusan muktamad UMNO yang bakal diputuskan pada Khamis ini sama ada mahu bekerjasama atau bertanding secara solo, pintu rundingan masih terbuka.


“Namun, keputusan ini masih belum muktamad kerana terpaksa menunggu kata putus UMNO sama ada ingin bekerjasama dengan PN .


Sebelum ini Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) sudah menyatakan tidak akan ada kerjasama dengan BERSATU,”


“Sabarlah, kita perlu tunggu hingga Khamis ini tetapi dalam masa yang sama kerja awal kempen sudah dibuat dan insya-Allah jentera akan bergerak sepenuhnya apabila tiba waktunya,” katanya lagi.


Untuk rekod, UMNO akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertingginya pada Khamis untuk memuktamadkan keputusan sama ada mahu meneruskan kerjasama dengan PAS dan Bersatu atau sebaliknya.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu, PAS Melaka bertanding di 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka tetapi kalah semua.


BERSATU PULA yang ketika itu sebahagian daripada sekutu Pakatan Harapan (PH) bertanding di enam kerusi, iaitu Ayer Limau, Lendu, Asahan, Paya Rumput, Telok Mas dan Sungai Rambai.


Bagaimanapun Bersatu hanya menang di Paya Rumput yang diwakili oleh Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Telok Mas (Datuk Noor Effandi Ahmad).

bottom of page