top of page
  • newsatmy

PRN Melaka,Ahmad Maslan mula berkempen menyantuni pengundi Tangga Batu

MELAKA,17 Oktober


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meneruskan hari kedua lawatan kerja di negeri ini dengan mengunjungi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, hari ini.

Kunjungan beliau diiringi Exco Kesihatan dan Antidadah, Datuk Rahmad Mariman bersama Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Mustafa Musa dan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Dalam lawatan yang bermula jam 8 pagi tadi, Ahmad Maslan menyantuni keluarga Nazim Hasan, 38, yang mengalami kecacatan anggota badan akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.


Dalam lawatan itu, Ahmad Maslan yang menyampaikan bantuan termasuk keperluan lampin pakai buang untuk Nazim yang kini dijaga ibunya, Halijah Tompang, 72, dan bapanya, Hasan Samad, 73.

Nazim ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) berkata, dia terharu apabila menerima kunjungan Ahmad Maslan dan beberapa pemimpin UMNO itu.

“Alhamdulillah, terima kasih kerana dalam keadaan serba kekurangan, saya dapat bantuan. Dapatlah mengurangkan beban keluarga untuk menjaga saya,” katanya.

Sejurus lawatan itu, Ahmad Maslan turut menyampaikan sumbangan keperluan asas termasuk ayam dan telur kepada 50 keluarga asnaf di pekarangan Masjid Nur Sa’adah di sini.

Beliau kemudian bersarapan bersama penduduk di kawasan berkenaan

bottom of page