top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Melaka: BN umum calon Sabtu ini

Updated: Nov 4, 2021

4 November 2021

AYER KEROH: Persoalan mengenai siapa yang akan bertanding mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka terjawab Sabtu ini.


Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mustafa Musa, pengumuman itu akan dibuat dalam majlis pada sabtu.


Pengumuman bakal calon mungkin di buat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur atau di Bilik Gerakan BN di Ayer Keroh.


BN belum menetapkan lokasi khusus disebabkan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Pengumuman nama calon bakal dibuat oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Timbalan Pengerusi BN.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Jentera BN Melaka, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin turut mengesahkan perkara itu.


Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan calon yang akan ditampilkan parti itu bakal berubah wajah.


Katanya, calon yang akan diketengahkan terdiri daripada muka-muka baharu dan orang muda dalam menarik minat pengundi dan membawa perubahan kepada corak pentadbiran negeri.

コメント


bottom of page