top of page
Writer's pictureNihaba

Prn Melaka: Dun Lendu dijangka milik Sulaiman

5 November

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dijangka menjadi antara calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan, bagi mempertahankan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Beliau dijangka dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada PRN kali ini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang disandangnya.

Selain itu, penyandang kerusi DUN Ayer Molek, Datuk Rahmad Mariman, dan Datuk Zaidi Attan (Serkam) juga dijangka bertanding mempertahankan kerusi masing-masing.


Penyandang kerusi DUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang memenangi PRU-14 atas tiket Pakatan Harapan (PH) sebelum menyertai UMNO pada tahun lalu, turut dijangka bertanding lagi di kawasan itu.


Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abd Razak Abd Rahman pula dijangka dicalonkan semula di DUN Telok Mas.

BN dijangka menampilkan lebih 90 peratus muka baharu untuk membawa cabaran parti pada PRN Melaka kali ini.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, disebut-sebut sebagai antara 23 muka baharu yang dijangka diketengahkan BN.

Comments


bottom of page