top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Melaka: Idris Haron, Nor Azman bertanding tiket PH

6 November

AYER KEROH: Teka-teka ke mana hala tuju dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akhirnya terjawab apabila disahkan bakal bertanding di bawah tiket Pakatan Harapan (PH).


Perkara itu diumumkan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media pengumuman calon yang dijalankan secara maya sebentar tadi.


Katanya, Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka bakal dipertaruhkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan manakala Nor Azman yang sebelum ini memenangi kerusi DUN Pantai Kundor atas tiket UMNO, dikekalkan di kerusi berkenaan.Dun Asahan adalah milik PKR manakala DUN Pantai kundor sebelumnya milik Amanah.


Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden PKR berkata keputusan menerima dua bekas ADUN itu dibuat dengan teliti bersama semua rakan komponen.


Sidang media turut disertai Presiden Amanah Mohamad Sabu itu, Anwar mengumumkan sembilan lapan calon Amanah dan 11 calon PKR -Astro Awani

Comments


bottom of page