top of page
  • StrangePlay

PRN Melaka keputusan tergesa-gesa-PH

19 Oktober-Melaka

Pakatan Harapan (PH) menyifatkan keputusan kerajaan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat tergesa-gesa.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, meskipun tarikh PRN itu sudah diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pihaknya tetap akan memfailkan semakan keabsahan kerajaan ‘caretaker’ di Mahkamah.

Adly berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya belum memfailkan permohonan itu kerana masih menunggu warta pembubaran daripada Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN).

Katanya, memandangkan SPR sudah membuat ketetapan, PH Melaka bersedia untuk mengharunginya dan memberikan kerjasama.

“Kita memang akan gunakan saluran mahkamah, tetapi sekiranya terpaksa juga berdepan PRN, tentunya PH bersedia untuk mengikuti semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Tetapi kita melihat dari awal lagi kerajaan ada agenda tersendiri, bubar DUN pun tergesa-gesa dan hari ini umum tarikh PRN juga tergesa-gesa,” katanya.

bottom of page