top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PRN Melaka: Kita terpaksa akur demi kesejahteraan rakyat - Zamzuri Ariffin

27OKTOBER 2021

Bekas YDP Alor Gajah merangkap Ketua BERSATU bahagian Alor Gajah, Zamzuri Ariffin berkata sebagai Parti Politik, Perikatan Nasional terpaksa akur dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan nanti di Melaka.


"Kita semua ambil maklum kenapa terjadinya PRN di Melaka ini, yang buat agenda ini semua pun datangnya daripada UMNO sendiri,


"Kalau ikutkan sentimen rakyat, kebanyakan semua tidak setuju dengan dalam keadaan pandemik yang masih belum selesai lagi, mana-mana tempat pun kalau ditanya pasti tidak akan setuju, "Namun, kita terpaksa akur dengan keputusan ini, Melaka tiada kerajaan jadi terpaksa buat PRN ni," ujar beliau.


Beliau berharap rakyat Melaka akan faham keadaan sekarang dan apabila tiba hari mengundi nanti, mereka akan bijak memilih kerajaan baru untuk negeri Melaka.


Beliau turut berkata, setakat ini Perikatan Nasional (PN) akan merancang dengan sebaik mungkin sehinggalah hari penamaan calon dan persiapan setakat ini dalam semua bahagian di Negeri Melaka sangat baik.


"Setiap parti komponen daripada PN, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) masing masing berlumba buat persiapan,


"Kadang ada yang terlampau persiapannya, belum hari penamaan calon pun, mereka dah mula memasang bendera, mula berkempen, "Tapi kita (PN) masih mengikuti SOP dan prosedur yang ditetapkan Kerajaan dan tidak berlebih-lebih, "InshaAllah kalau kita (PN) kerja kuat sikit, kita akan menang demi rakyat," tambah beliau.

bottom of page