top of page
  • Writer's pictureArissa Azman

PRN Melaka : Krisis dalaman UMNO Melaka semakin parah

14 Oktober 2021

Pada 29 JUN 2021, Kerajaan Negeri Melaka telah menganugerah tanah penambakan laut seluas 1,190 ekar kepada Syarikat Far East (Melaka) SDN BHD.


Maklumat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkaan pemilik saham syarikat Far East (Melaka) SDN BHD adalah terdri daripada:


1. DATUK WIRA LONG KAH CHOK - dengan share sebanyak RM293,150.00 (29.32%)


2. TOH KONG MING - dengan share sebanyak RM216,820.00 (21.68%)


3. TUN PERAK HOLDING PTE LTD- dengan share sebanyak RM490,000.00 (49%)


Syarikat Tun Perak Holding PTE LTD ini didaftarkan di Singapura pada 12/6/21.


Ini bermakna ianya sebuah syarikat asing.


Manakala pemegang saham Toh Kong Meng pula dipercayai memegang saham bagi pihak isterinya yang merupakan seorang warganegara China yang bernama Ga Yamei.


Pada hakikatnya lebih 70% saham syarikat Far East (Melaka) SDN BHD dikuasai oleh warga asing.


Lebih merisaukan, syarikat Far East (Melaka) SDN BHD ini juga telah memperolehi lesen pelabuhan dari Kementerian Pengangkutan Malaysia.


Laporan SPRM ini dibuat bagi meminta pihak SPRM menyiasat ketulusan pemberian konsesi penambakan laut yang dikhabarkan didalangi oleh seorang individu yang disyaki telah menerima habuan bagi mempengaruhi Kerajaan Negeri Melaka untuk menganugerahkan projek penambakan tersebut.


Siasatan perlu dilakukan sebelum individu tersebut dinamakan sebagai calon Pilihanraya yang boleh merosakkan nama baik parti.


Perbuatan individu terbabit, jika benar, boleh disifatkan sebagai membuka pintu negara untuk dikuasai negara asing melalui penguasaan tanah dan pelabuhan Melaka.


UMNO perlu memastikan, individu yang bermasalah tidak dicalonkan sebagai calon Pilihanraya pada PRN Negeri Melaka yang dijangka berlangsung pada 28 November ini.


(SPRM) mengesahkan telah menerima aduan rasuah yang dibuat oleh Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berhubung projek penambakan laut di Melaka.


SPRM dalam satu kenyataan berkata, satu kertas siasatan berhubung isu berkenaan telah pun dibuka sebelum ini dan aduan yang dibuat Lokman akan dikepilkan dalam kertas siasatan tersebut.


SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini meliputi semua aspek yang dibangkitkan dalam aduan tersebut.




bottom of page