top of page
  • Writer's pictureNihaba

Prn Melaka: Lambang PN pilihan PAS

2 November 2021

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menjadi pilihan PAS untuk digunakan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Presiden PAS dalam satu kenyataan mengumumkan keputusan tersebut lewat malam ini selepas mengadakan satu mesyuarat di ibu pejabatnya, ia sekaligus mengenepikan permintaan UMNO yang meletak syarat supaya menggunakan lambang sendiri dalam PRN nanti.


Terdahulu, Majlis Syura Ulamak (MSU) PAS Pusat menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk membuat keputusan penggunaan mana-mana lambang berdasarkan strategi kebolehmenangan selaras peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS.


Khamis lalu, mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghulurkan kerjasama kepada PAS, tetapi dengan mengenakan syarat parti itu tidak boleh menggunakan lambang PN sebaliknya mesti menggunakan logo PAS.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata asas kerjasama itu berpandukan kepada prinsip PAS menggunakan lambang partinya sendiri, selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam mesyuarat pada 19 Oktober dan 18 November 2020.


PAS sebelum ini menjalin hubungan kerjasama dengan UMNO menerusi persefahaman dalam Muafakat Nasional (MN) tetapi ianya bukan gabungan sebuah parti politik berdaftar.


PAS antara pengasas yang menubuhkan PN bersama Bersatu dan Gerakan.

bottom of page