top of page
  • Writer's pictureNizam

Prn Melaka,Menteri juga dilarang berkempen-Wan Junaidi

26 Oktober-KUALA LUMPUR

Menteri akan diingatkan agar tidak dibenarkan berkempen pada acara rasmi

Menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata dia akan mengingatkan rakan-rakan menteri kabinetnya agar tidak meggunakan pogram rasmi kerajaan untuk berkempen sempena pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan datang.


Wan Junaidi berkata demikian ketika menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu) yang mempersoalkan sama ada akan wujud dwistandard dalam pelaksanaan SOP semasa PRN itu, termasuklah kemungkinan menteri menggunakan pogram rasmi untuk berkempen. di prn Melaka.


“kita tidak akan mengamalkan double standard.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkehendakan ‘vibrancy of democratic practice’, maknanya membenarkan keseluruhannya asalkan berpandu kepada apa yang diletakkan oleh pihak KKM dan MKN" jelas beliau.


“Saya akan bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet akan datang, meminta supaya menteri-menteri jangan cari jalan untuk memintas SOP dari SPR, KKM and MKN,” kata Wan Junaidi semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin telah menegaskan dalam soalan tambahan bahawa Melaka berada di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

SOP untuk Fasa 4, seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), membenarkan kelonggaran yang lebih banyak termasuk acara rasmi kerajaan.


“Bagaimana jika menteri pertahanan pergi ke kem tentera Sungai Udang untuk berkempen bertopengkan acara rasmi kerajaan, kerana itu sekarang dibenarkan (di bawah SOP Fasa 4).

“Apa yang kita tidak mahu ialah double standard dari segi pelaksanaan di mana apabila kerajaan pergi (berkempen), mereka menggunakan SOP MKN tetapi apabila kita (pembangkang) pergi, mereka menggunakan SOP SPR,” kata Saifuddin.


Sebelum ini telah diumumkan bahawa semua perhimpunan fizikal dan acara sosial berkaitan pilihan raya akan diharamkan pada PRN Melaka bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Pengumuman ini telah disambut dengan kritikan meluas daripada ahli politik kerajaan dan pembangkang, dengan badan pemantau pilihan raya Bersih berkata ia adalah penindasan demokrasi.


Wan Junaidi menegaskan SPR mahu memelihara amalan demokrasi tetapi ia mesti diimbangi dengan keselamatan rakyat yang terlibat dalam pilihan raya, yang terletak di bawah bidang kuasa KKM dan MKN.

bottom of page