top of page
  • StrangePlay

PRN Melaka : Nama calon keputusan akhir pengerusi BN-Zahid Hamidi

18 Oktober 2021

KUALA LUMPUR: 3 pemimpin Umno konsensus pilih calon, namun keputusan akhir milik Pengerusi BN, kata Ahmad Zahid


Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden Umno menjadi tiga pemimpin tertinggi parti itu yang akan memuktamadkan senarai calon pilihan raya negeri (PRN) Melaka, termasuk calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15).


Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, berkata pemilihan calon bukan lagi diputuskan Presiden sahaja, malah kuasa itu diperuntukkan kepada dua lagi pemimpin Umno, membabitkan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Presiden Mohamad Hasan.


“Yang akan memuktamadkan calon-calon pilihan raya negeri dan juga pilihan raya umum akan datang bukan daripada Presiden saja.


“Tiga orang yang akan memutuskannya iaitu Perdana Menteri sendiri, Timbalan Presiden dan Presiden Umno yang juga menjadi Pengerusi Barisan Nasional (BN). Tiga orang ini yang akan memuktamadkannya.


“Namun jika ketiga-tiga mereka ini bersetuju tetapi tidak dipersetujui Pengerusi BN, maka watikah itu tidak akan ditandatangani,” katanya menurut laporan Berita Harian.


Sementara itu, Ahmad Zahid, berkata perkembangan terbaru itu menunjukkan kerjasama yang baik dalam kalangan mereka bertiga.


Katanya, mereka juga sepakat bahawa kriteria kebolehmenangan (winnable), kebolehterimaan (acceptable) dan kebolehsenangan (likable) akan digunakan untuk memilih calon yang sesuai.


“Ini bukan soal lobi, bukan soal kipas tetapi kami bertiga bersetuju dengan calon yang mempunyai kriteria ‘winnable’, ‘acceptable’ dan ‘likeable’,” katanya.




Comments


bottom of page