top of page
  • newsatmy

Prn Melaka:PAS bertanding guna logo sendiri?

30 Oktober

PETALING JAYA: Ada ahli PAS yang dikatakan berasa kurang senang dengan keputusan pemimpin parti itu untuk membenarkan penggunaan lambang Perikatan Nasional (PN) oleh calon mereka dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, kata sumber dalaman.

Sumber yang enggan namanya didedahkan itu berkata, situasi itu berkemungkinan akan mengundang masalah kepada PN yang dipimpin Bersatu.


Ramai dalam kalangan penyokong PAS yang terkejut dengan pengumuman yang dibuat Pengerusi PN Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu, PAS dan Gerakan akan bertanding menggunakan lambang PN di PRN Melaka.


Sedia maklum,sehingga ini tiada kenyataan jelas dari pemimpin tertinggi PAS halatuju kerjasama dengan antara Bersatu atau UMNO.Jika dilihat beberapa kenyataan PAS selain berkerjasama dengan Bersatu melalui gabungan PN,parti itu juga masih berunding dengan UMNO melalui Muafakat Nasional.


Susulan perkara itu, ada sesetengah pimpinan dalam parti Islam terbabit telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka secara terbuka.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Zuhdi Marzuki berkata, perkara itu harus dibincangkan, manakala Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pula lebih berterus terang apabila mengatakan parti itu sebaiknya menggunakan logo mereka sendiri.

“Keputusan dalam PN yang membimbangkan PAS ini hanya dibuat oleh beberapa pemimpin yang lebih cenderung kepada Bersatu tetapi bukan semua Ahli Parlimen lain dalam PAS berkongsi sentimen sama.

“Ramai dalam PAS sedar bahawa mereka lebih kuat sekiranya sehaluan dengan Umno,” kata sumber itu yang menjelaskan isu logo akan memburukkan situasi.

PAS melihat jentera dan akar umbi Umno di Melaka jauh lebih kuat berbanding Bersatu.


Katanya sember,Bersatu berpecah kepada dua kumpulan yang terdiri daripada ahli asalnya dan mereka yang berpaling tadah daripada Umno dan PKR.

“Ia juga tidak membantu PAS apabila PN mendendangkan naratif ‘Melaka Sayang Abah’. Beliau memimpin kerajaan yang gagal dan bagaimana ia boleh membantu kita untuk menarik undi?” katanya.


Penganalisis sosio-politik dari Universiti Malaya (UM) Awang Azman Pawi berkata, beliau percaya rasa kurang senang dalam PAS bukan sekadar mengenai penggunaan logo PN dalam PRN Melaka.

“Ia hanya sebahagian kecil daripada masalah yang ada dan saya percaya akar umbi PAS masih melihat kerjasama dengan Umno lebih menguntungkan berbanding Bersatu, terutamanya di Melaka.

“Bersatu tidak kuat di Melaka dan ini akan menjejaskan PAS. Berada dalam blok yang tewas dalam PRN boleh menjadi ukuran kepada sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Awang Azman berkata, rasa kurang senang dalam kalangan akar umbi PAS juga boleh menyebabkan ahlinya memboikot PRN Melaka bagi memberi petunjuk jelas kepada kepimpinan parti.


Katanya, naratif “Melaka Sayang Abah” mungkin akan menjejaskan hubungan Bersatu dan PAS kerana ia lebih menonjolkan personaliti Muhyiddin dan bukannya gabungan itu sendiri.

“Ia seolah-olah menunjukkan PAS langsung tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan tetapi hanya sokongan kepada Muhyiddin.”

bottom of page