top of page
  • Writer's pictureNihaba

PRN Melaka: Pas guna logo PN bukan mahu lawan UMNO - Idris

4 November

TAIPING: Keputusan Pas menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini bukan sebagai mahu berlawan dengan UMNO yang berada dalam Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.


Menurut beliau, sebaliknya keputusan itu dibuat atas semangat perpaduan ummah yang membabitkan tiga parti Melayu-Islam iaitu Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Katanya, walaupun bertanding dengan menggunakan logo PN namun matlamat Pas dalam PRN Melaka masih sama iaitu menentang Pakatan Harapan (PH).-Astro Awani


bottom of page