top of page
Writer's pictureNihaba

PRN Melaka,Pejuang mungkin tidak bertanding

18 Oktober

Parti Pejuang mungkin tidak meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berdasarkan kepada pendirian parti itu sebelum ini yang menolak PRN diadakan. Setiausaha Agung Pejuang, Datuk Amiruddin Hamzah berkata, walaubagaimanapun keputusan itu boleh berubah pada saat akhir sekiranya keadaan diyakini selamat untuk diadakan pilihan raya.Beliau berpendapat PRN melaka perlu ditangguhkan disebab negara masih lagi dilanda krisis kesihatan dan dikhuatiri kes covid-19 melonjak seperti apa yang berlaku ketika PRN Sabah.

Menurutnya, sebarang perubahan akan ditentukan selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRN Melaka selain notis akhir untuk menghantar pencalonan. “Berdasarkan pendirian awal, kami tidak akan meletakkan calon pada PRN Melaka kerana sejak awal lagi Pejuang tidak bersetuju diadakan PRN. “Buat masa ini, pendirian kami adalah tidak meletakkan calon di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kerana ini pendirian parti,” katanya lapor Sinar Harian. Tambah Amiruddin, perkara itu masih dibincangkan pucuk pimpinan tertinggi parti dan keputusan muktamad akan diumumkan dalam tempoh berkenaan. “Kami akan tengok keadaan pada ketika itu, malah semua parti politik masih mengadakan perbincangan termasuk SPR yang belum mengumumkan notis PRN Melaka. “Secara logiknya, tidak konsisten pula apabila diadakan PRN, Pejuang ambil bahagian sedangkan pendirian kami adalah menolak PRN,” katanya lagi.


Comments


bottom of page